STANLEY JUMAN TIGA ANAK JULIS KOLEJ VOKASIONAL BINTULU, SARAWAK
Projek ini memfokuskan kepada penggunaan kulit pisang, iaitu bahan buangan daripada buah pisang. Kajian terkini menunjukkan bahawa kulit pisang mengandungi serat makanan dan antioksidan yang berpotensi digunakan dalam produk makanan bernilai tambah (Sagar et al., 2018). Projek ini dijalankan selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 12) yang menekankan pengurangan pembaziran sumber. Dalam projek ini, kulit pisang yang menjadi bahan buangan telah diproses menjadi tepung dan dicampurkan ke dalam adunan untuk menghasilkan kulit dumpling bebas gluten. Kajian ini merangkumi analisis pasaran untuk mengenal pasti potensi penerimaan pengguna terhadap produk ini serta penilaian kualiti untuk menilai tekstur, rasa, dan kesesuaian produk sebagai alternatif kepada kulit dumpling konvensional. Hasil kajian menunjukkan bahawa dumpling yang dihasilkan mempunyai kualiti setara dengan produk konvensional, dengan manfaat tambahan dari segi pengurangan pembaziran makanan. Menurut laporan FAO, penggunaan bahan buangan dalam pemprosesan makanan dapat mengurangkan sisa makanan dan meningkatkan keberkesanan sumber dalam industri makanan (FAO, 2019). Kesimpulannya, penggunaan kulit pisang dalam penghasilan kulit dumpling bukan sahaja memperkenalkan pilihan makanan bebas gluten tetapi juga menyumbang kepada pendekatan yang lebih lestari dalam industri makanan.