MUHAMMAD AIMAN BIN KAMARUDDIN KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN
Projek ini membangunkan Pengesan Kerusi Bayi menggunakan sensor tekanan (pressure sensor), GSM Module dan pembesar suara bagi meningkatkan keselamatan bayi dalam kenderaan. Sistem ini berfungsi dengan mengesan kehadiran bayi berdasarkan perubahan tekanan pada kerusi bayi. Sekiranya bayi dikesan berada di kerusi tanpa kehadiran penjaga dalam tempoh tertentu, sistem akan mengaktifkan amaran bunyi melalui pembesar suara serta menghantar notifikasi SMS kepada penjaga menggunakan GSM Module. Mikropengawal digunakan sebagai unit pemprosesan utama untuk mengawal sensor, pembesar suara, dan komunikasi GSM. Projek ini telah dijalankan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, dan hasil ujian menunjukkan sistem ini berfungsi dengan baik dalam mengesan keberadaan bayi serta memberikan amaran audio dan menghantar notifikasi dengan segera. Projek ini diharapkan dapat membantu mengurangkan risiko bayi tertinggal dalam kenderaan serta meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan ibu bapa dan penjaga.