MUHAMMAD HAZRUL AZRAI BIN ZAINI KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN
Sistem pembungkusan barang menggunakan PLC dibangunkan sebagai kit pembelajaran di kolej vokasional. Sistem pembungkusan barang menggunakan PLC ini merupakan kit pembelajaran yang terdiri daripada DC motor,konveyer, silinder konveyer dan penderia inframerah. Sistem ini berfungsi dengan menggerakkan motor 1 (konveyor 1) bagi menggerakkan kotak selepas dikesan oleh penderia. Motor 2 (konveyor 2) berfungsi untuk menggerakkan objek dan jatuh kedalam kotak pembungkusan. Kit pembelajaran sedia ada sukar untuk difahami oleh pelajar kerana reka bentuknya yang tidak menarik dan tidak menggambarkan bagaimana PLC berfungsi. Selain itu, kit pembelajaran sedia ada sukar untuk difahami oleh pelajar kerana reka bentuknya yang tidak menarik dan tidak menggambarkan bagaimana PLC berfungsi. Tambahan pula, kit pembelajaran yang sedia ada tidak menggabungkan tiga instrumen utama iaitu PLC, konveyor, dan sensor dalam satu sistem yang komprehensif, ini menyukarkan pelajar untuk memahami aplikasi praktikal dalam industri pembungkusan. Oleh itu, tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan kit pembelajaran yang lebih menarik dan mudah difahami, serta untuk membantu pelajar memahami fungsi PLC dalam konteks industri. Pembangunan projek ini melibatkan beberapa proses termasuklah reka bentuk sistem, pembangunan litar tangga menggunakan perisian CX-Programmer, dan pengujian sistem untuk memastikan fungsinya beroperasi dengan baik.Hasil pengujian menunjukkan jarak maksimum penderia inframerah mengesan objek ialah sejauh 35cm Ujian berat beban dilakukan pada konveyor 1 dan 2 menunjukkan beban maksimum yang boleh dibawa seberat 5kg dan 2.5kg.Sebagai cadangan untuk penambahbaikan, adalah disaran menggunakan DC motor yang cekap dan berkualiti supaya dapat menggurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan ketahanan dan membina rangka projek konveyor dengan lebih terperinci supaya conveyor belt dapat berjalan dengan lancar.