NASRUL HAZWAN BIN MOHAMA DAIM KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR
Tujuan projek ini dijalankan ialah untuk mengurangkan potensi kecederaan yang akan berlaku di jalan raya untuk pengguna kenderaan tidak kira tua atau muda. selain itu, projek ini juga bertujuan untuk menambahbaik sistem keselamatan tali pimggang keledar yang sedia ada. Projek ini berfungsi apabila pemandu dan penumpang tidak memakai tali pinggang kelendar dengan betul, secara automatik kenderaan tidak dapat dihidupkan. Reka bentuk projek ini direka secara 3D dengan menggunakan aplikasi autocad. Sebelum merekabentuk secara 3D menggunakan autocad, kami membuat lakaran secara manual menggunakan tulisan tangan terlebih dahulu untuk mengetahui kepanjangan dan kelebaran bentuk projek. Selain itu, kami turut mengkaji beberapa kajian sebelum membangunkan projek ini. Kaedah kajian yang kami gunakan ialah kajian kuantitif iaitu kami menggunakan borang soal selidik menerusi google form. Bilangan responden yang terlibat adalah seramai 27 orang. Hasil dapatan kajian data yang kami terima, terdapat 26 orang daripada 27 orang telah terlupa memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan. Seterusnya, hasil yang kami peroleh menunjukkan sebanyak 35.7% iaitu seramai 8 responden pernah melakukan tabiat memasang tali pinggang keledar dan meletakkan di belakang badan hanya untuk menghilangkan bunyi penggera. Akhir sekali,kami berharap agar projek ini dapat membantu pemandu dan penumpang tentang kesedaran kepentingan memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Oleh itu, semoga projek ini dapat dilaksanakan dan seterusnya diguna pakai dalam sistem keselamatan kenderaan pada masa hadapan.