NOR QAIRYNN QALESYA BINTI HASHIM SMK DATO' AHMAD MAHER
Projek ini bertujuan untuk mencipta snek tenaga sihat alternatif yang lebih sihat dan berkhasiat dengan menggunakan bahan semula jadi yang dipilih dengan teliti, memberikan pilihan lebih baik kepada pengguna yang ingin mengekalkan gaya hidup aktif tanpa mengorbankan kesihatan mereka. Masalah utama yang dikenal pasti ialah snek tenaga sihat di luar sana mungkin kekurangan vitamin dan mineral penting. Objektif utama projek ini adalah untuk mencipta snek tenaga alternatif yang lebih sihat dan berkhasiat berbanding produk yang sedia ada di pasaran, dengan memanfaatkan bahan semula jadi yang memberikan manfaat kesihatan yang lebih baik kepada pengguna. Metodologi projek ini melibatkan proses menghancurkan pisang kering, mencampurkannya dengan madu, dan gaul rata sebelum menambah oat dan membentuk adunan. Kemudian, kepingan pisang lebih besar diletakkan di atas, adunan dibakar hingga keemasan, dan akhirnya, ia disejukkan dalam peti sejuk sebelum sedia untuk dinikmati. Dari segi kebolehpasaran, snek tenaga sihat ini menawarkan kos yang lebih rendah berbanding snek tenaga komersial, memberikan alternatif yang mampan kepada pelanggan. Kebaikan projek ini menghasilkan snek tenaga yang lebih sihat, tanpa bahan tambahan yang berbahaya, yang memberikan sumber tenaga segera, meningkatkan fokus, dan menyokong kesihatan tubuh. Produk ini juga membantu mengurangkan rasa lapar dan sesuai untuk gaya hidup aktif, memberikan manfaat berterusan tanpa menjejaskan kesihatan. Implikasi projek meliputi kesan positif terhadap kesihatan pengguna, di mana produk snek tenaga sihat ini menawarkan pilihan yang lebih sihat berbanding produk lain di pasaran dengan menggunakan bahan semula jadi yang kaya dengan nutrisi. Ini bukan sahaja meningkatkan tahap tenaga dan fokus, tetapi juga membantu mengekalkan kesejahteraan tubuh secara keseluruhan. Kesimpulannya, projek inovasi ini bertujuan untuk menyediakan alternatif snek tenaga yang lebih sihat dan berkhasiat berbanding produk sedia ada di pasaran. Dengan menggunakan bahan semula jadi, produk ini memberikan tenaga yang berterusan, menyokong gaya hidup aktif, dan memastikan kesihatan tubuh tanpa sebarang kompromi.
Kata Kunci: snek tenaga sihat