US148: Electrical Spring Valve Compressor

Ainol Syafiq Bin Shamsul Kolej Vokasional ( Pertanian ) Teluk Intan

Reka bentuk dan penghasilan electical spring valve bagi tujuan membuka spring valve di dalam proses dan pembelajaran di Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan masih belum digunakan secara meluas meskipun penggunaannya baru diaplikasikan di dalam sektor perindustrian dan institusi-intitusi
pengajian tinggi. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menjimatkan masa membuka dan memasang spring valve mesra pengguna di dalam proses pembelajaran di Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan. Bagi meninjau kesesuaian penggunaan reka bentuk dan penghasilan electical spring valve telah dibangunkan dan diuji. Kajian ini telah dilakukan di Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan. Hasil kajian mendapati bahawa projek
electrical spring valve compressor mudah untuk dikendalikan dan mengurangkan risiko kecederaan sewaktu pengguna membuka dan memasang valve. Berdasarkan daripada pemerhatian
yang telah dijalankan, projek electrical spring valve compressor dapat melindungi pengguna dari berlaku sebarang kecederaan sewaktu proses kerja
membuka dan memasang spring valve.