US156: Smart Cylinder Head Holder

Azamuddin Bin Afzanizam KOLEJ VOKASIONAL ( PERTANIAN) TELUK INTAN

Penggunaan head dan silinder di dalam proses pembelajaran (P&P) di Kolej Vokasional  sering digunakan secara meluas di dalam sektor perindustrian dan institusi-institusi pengajian tinggi. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti kesesuaian penggunaan pemegang head dan silinder di dalam proses pembelajaran di Kolej Vokasional selaras dengan perkembangan penggunaannya pada hari ini. Setelah meninjau kesesuaian penggunaan head dan silinder ini, Smart Cylinder Head Holder telah dibangunkan dan diuji di dalam subjek projek. Kajian ini dilakukan di Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan. Jumlah sampel kajian adalah seramai 42 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Diploma Teknologi Mekanisasi Agro. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan set soal selidik. Data dianalisis dikumpul berdasarkan maklum balas daripada responden  google form berdasarkan kaedah statistik deskriptif. Hasil analisis data menunjukkan responden bersetuju terhadap kesesuaian penggunaan Smart Cylinder Head Holder diaplikasikan dalam proses pembelajaran di Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan.