MASTURA BINTI ABD MANAF KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
Kajian inovasi ini bertujuan memperkenalkan dan menilai keberkesanan platform permainan atas talian, Arabic Mumtaz, yang dibangunkan berdasarkan topik dalam kursus Bahasa Arab. Inovasi ini hasil penambahbaikan latihan di buku modul merujuk respons para pelajar yang kurang berminat menjawab latihan dalam buku modul yang statik dan membosankan. Kajian tindakan dilaksanakan melalui empat fasa iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Hasil kajian menunjukkan bahawa platform Arabic Mumtaz mampu meningkatkan motivasi pelajar serta pencapaian mereka dalam penguasaan Bahasa Arab. Ia turut membantu pensyarah menjimatkan masa dalam pemantauan dan pemarkahan latihan pelajar secara efisien.