AZRI BIN SAID KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Permainan video "ESCAPE OS" dibangunkan sebagai alat bantu pembelajaran interaktif bagi pelajar dalam memahami konsep Fungsi dan Jujukan dalam Matematik Diskret. Berasaskan pendekatan game-based learning (GBL), permainan ini menggabungkan elemen cabaran dan penyelesaian masalah untuk meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Dibangunkan untuk komputer peribadi, permainan ini mengandungi sepuluh tahap interaktif dan lima puluh set soalan, direka bentuk untuk mengukuhkan konsep matematik secara menyeronokkan. Cabaran utama pembangunan melibatkan pengurusan masa dan reka bentuk tahap yang berkesan. "ESCAPE OS" berpotensi sebagai inovasi pendidikan digital yang menggalakkan pembelajaran aktif, keterlibatan pelajar, dan integrasi teknologi dalam bilik darjah.