BI146: MENGATASI MASALAH PENGHAFALAN 18 NILAI MORAL

NUR AHSYAINA BINTI ABDULLAH KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.2308 | 33 Likes | 143 Views | 180 times | LS: 220.6
Like it? | Support them now!

Abstrak : Kajian ini dilaksanakan untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah Akronim (8K4B3H1RPT) dan Kotak Nilai dalam mengatasi masalah penghafalan 18 nilai Pendidikan Moral bagi pelajar Tahun 2 Sijil Vokasional Malaysia (SVM). Ramai pelajar lemah tidak dapat menghafal 18 nilai moral dengan tepat serta kurang mahir untuk mengaplikasikan nilai dalam situasi yang diberikan dalam peperiksaan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra, temu bual dan pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak mahir menulis perkataan nilai yang sebenar dan tidak tepat seperti format nilai yang sebenar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk memudahkan pelajar mengingat 18 nilai dengan Kaedah Akronim (8K4B3H1RPT) dan Penggunaan Kotak Nilai bagi membantu mengukuhkan pemahaman terhadap sesuatu nilai serta menarik minat pelajar semasa proses pembelajaran. Ujian pra dan ujian pasca telah dilakukan terhadap 12 responden dari Tahun 2 SVM Kursus Pendidikan Moral Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja yang kebanyakannya memperoleh markah rendah dalam peperiksaan Penilaian Akhir (PA) sebelum ini dan didapati selepas menerima pendedahan tentang kaedah Akronim ini seramai 10 daripada 12 responden telah berjaya mengingat kesemua 18 nilai dengan mudah serta mendapat markah yang penuh dalam ujian pasca. Pengkaji mencadangkan kaedah yang sama boleh diperluaskan di sekolah rendah kerana nilai yang sama di peringkat sekolah rendah dan menengah yang mana kaedah ini mampu membantu pelajar dalam mengingat 18 nilai-nilai moral. Di samping itu, pengkaji berpuas hati dengan dapatan kajian kerana peningkatan pelajar bagi Kursus Pendidikan Moral dengan mengingat nilai-nilai moral sangat memberangsangkan seterusnya dapat membantu pelajar menjawab PA dengan baik. Kata Kunci: 18 Nilai-nilai Moral, Kaedah Akronim (8K4B3H1RPT) dan Kotak Nilai.