BI151: EKOENZIM CP

TEE XUAN SMK BUKIT GAMBIR

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 9 Views | 164 times | LS: 164.0
Like it? | Support them now!

ABSTRAK Ekoenzim CP adalah akronim dari perkataan kulit buah Pulasan(sisa) ,batang cendawan (sisa) kulit pisang (sisa) dan kulit limau (sisa). Inovasi ini menggunakan 4 jenis sisa yang terdapat di sekitar tempat kediaman kami. Elemen yang paling menarik dalam inovasi ini adalah kami menggunakan sisa batang cendawan tiram yang dibuang oleh industri yang mempunyai banyak khasiat protein, vitamin E, serat, zat besi, magnesium dan kalsium. Buah Pulasan mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, zat besi dan kalsium. Khasiat yang tinggi di dalam batang cendawan dan kulit pulasan merupakan kelebihan dalam pembentukan baja organik yang kami hasilkan merupakan novelty dalam kajian ini. Selain itu, Inovasi ini juga menjadikan sisa kulit pisang dan sisa kulit buah limau yang terbuang sebagai bahan tambahan melengkapkan lagi komponen nutrien bagi pertumbuhan pokok. Kami menggunakan dapatan ujian makmal daripada kajian-kajian sarjana lain untuk menyokong inovasi ini (Literature Review). Ujian keberkesanan produk Ekoenzim CP melalui borang soal selidik (Social Science methodology) juga yang telah dilakukan. Responden kajian adalah seramai 40 orang individu yang meliputi 25 perempuan dan 15 orang lelaki. Pemilihan responden kajian adalah secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 95% peratus responden bersetuju dengan impak positif daripada Ekoenzim CP. Analisis data adalah melalui kaedah kuantitatif ringkas, melalui pengiraan mod dan min ringkas terhadap persepsi pengguna melalui borang soal selidik yang telah diedarkan. Hasil maklum balas temubual dengan responden juga amat positif. Ia menjadi justifikasi keberkesanan manfaat inovasi Ekoenzim CP. Diharapkan, inovasi Ekoenzim CP ini bukan sahaja dapat ditingkatkan hasil pengeluarannya untuk menjadi sumber pendapatan sekolah, malah yang lebih penting, dapat memberi cetusan idea serta kaedah berkesan dalam menangani masalah pengurusan sisa pertanian, sisa industri cendawan dan sisa makanan di dunia.