BI207: HOLOGRAM 3D

SUNIL A/L SURAESH KUMAR SMK TAMAN TASIK

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.3101 | 89 Likes | 287 Views | 116 times | LS: 232.6
Like it? | Support them now!

Pada era modenisasi ini, teknologi telah mengambil alih dan menjadi aset yang penting dalam kehidupan kita dan dianggap sebagai salah satu keperluan asas dalam kehidupan kita. Dunia di sekeliling kita bergantung sepenuhnya kepada teknologi yang menjadikan hidup kita lebih mudah. Inovasi seperti telefon, televisyen dan komputer riba telah berkhidmat secara digital untuk tujuan hiburan harian ini. Hologram 3D merupakan sebuah produk yang diperbuat daripada barang terbuang seperti balang plastik yang rosak atau sesuatu bahan yang bersifat lut sinar. Kajian menunjukkan bahawa setiap penduduk di Malaysia membuang sisa domestik terutamanya plastik sebanyak 1.17 kg sehari yang telah mengumpul sebanyak 500,000 tan sisa plastik di negara kita yang menyebabkan negara kita berada di tempat ketiga sebagai negara yang mempunyai laut yang paling tercemar di dunia. Namun demikian, langkah drastik ini telah diambil untuk menghasilkan sebuah produk yang menarik dan menghiburkan hanya dengan meggunakan bahan terbuang yang bersifat lut sinar terutamanya plastik. Produk ini mempunyai beberapa kelebihan seperti membantu murid-murid untuk memahami sesuatu konsep yang sungguh kompleks dengan persembahan yang realistik. Selain itu, hologram ini boleh menjadi suatu alat perubatan. Sebagai contoh, hologram ini dapat membantu pakar-pakar perubatan untuk menilai sesuatu kecederaan secara terperinci dengan imej 3D yang dihasilkan menggunakan sebuah kamera.