BI218: OBEAN (MEDIA ORGANIK BAGI TUMBESARAN MIKROALGA)

FARALIZA BINTI HASSAN SHOKRI Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.1034 | 3 Likes | 29 Views | 96 times | LS: 99.3
Like it? | Support them now!

Media Obean merupakan ekstrak taugeh yang digunakan sebagai media alternatif untuk pengkulturan mikroalga Chlorella sp. Ekstrak taugeh mengandungi makronutrien, mikronutrien, asid amino dan gula yang diperlukan untuk pertumbuhan mikroalga (AE. Richmond, 1989). Media obean ini dikaji melalui kaedah kajian yang terdiri daripada pemerhatian bilangan klorofil yang terkandung didalam medium pengkulturan . Bagi menguji keberkesanan media Obean, data dikumpulkan melalui kaedah bacaan keserapan menggunakan spectrophotometer dengan panjang gelombang 750nm dan bacaan berat kering biomass. Media Conway digunakan sebagai kawalan. Berdasarkan hasil dapatan kajian, media Obean mempunyai bacaan keserapan pada tahap yang tinggi berbanding media Conway selepas 15 hari pengkulturan berlaku. Oleh itu media Obean lebih sesuai untuk pengkulturan mikroalga jenis Chlorella sp. dan dapat menjimatkan kos berbanding media Conway.