BI221: OP-REDIA -MEDIA PENGURANGAN PENGELUARAN SEBATIAN FENOLIK KULTUR PISANG

FARALIZA BINTI HASSAN SHOKRI Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.0667 | 4 Likes | 60 Views | 108 times | LS: 112.3
Like it? | Support them now!

Sebatian fenolik merujuk kepada sebatian kimia yang terdapat dalam tanaman pisang. Sebatian fenolik terhasil sebagai respons terhadap tekanan persekitaran. OP-Redia adalah satu produk arang aktif yang mengandungi unsur Karbon (C) yang bersifat porous, mampu menyerap sebatian fenolik. OP-Redia dihasilkan daripada sisa pisang seperti batang, daun, dan lain-lain. Kaedah pengujian yang diperhatikan adalah kriteria eksplan yang hijau, sihat dan bebas kontaminasi . Setelah 3 minggu pengeraman, explan pisang didapati segar dan tiada sebatian fenolik yang terhasil pada media (OP-Redia). Medium Murashige and Skoog (MSO) ditambah dengan 2 jenis arang yang berbeza iaitu arang komersial dan arang OP-Redia dengan kepekatan yang berbeza iaitu 0.2g/500ml, 0.4g/500ml dan 0.6g/500ml pada setiap jenis arang. Penentuan arang yang sesuai untuk mengurangkan sebatian fenolik adalah Medium Murashige and Skoog yang ditambahkan dengan 0.6g/500ml dengan pengeluaran sebatian fenolik yang tidak terhasil pada media tersebut. Hasilnya, OP- Redia mampu membantu mengurangkan pengeluaran sebatian fenolik melalui kaedah kultur.