BI228: AGRO WIN

DARWIN A/L ANTHONY DASS KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.1282 | 5 Likes | 39 Views | 96 times | LS: 101.6
Like it? | Support them now!

Projek ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kaedah alternatif yang boleh digunakan dalam kerja menggemburkan sarap tebal di reban ternakan ayam pedaging. Sarap tebal yang tidak digemburkan secara rutin di reban ayam pedaging akan menjadi keras, mampat dan berbau disebabkan oleh gas ammonia yang dibebaskan daripada tinja ternakan yang lembap. Berikutan itu, projek ini memaparkan penciptaan serta kebolehgunaan mesin “Agro Win” dalam melancarkan kerja-kerja menggemburkan sarap. Seterusnya membantu dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan sarap tebal di reban ternakan ayam pedaging. Projek ini dijalankan dengan menghasilkan mesin “Agro Win” dan kebolehgunaannya disahkan dengan dapatan daripada analisis soal selidik yang diedarkan kepada responden. Analisis data telah menunjukkan bahawa mesin “Agro Win” berfungsi dalam menggemburkan sarap dengan baik. Berdasarkan kepada dapatan projek, pengkaji dapat mengenalpasti dua cadangan penambahbaikan mesin “Agro Win” di masa hadapan iaitu dengan menukar alat pemutar yang lebih ringan supaya mesra dengan penguna wanita serta menukarkan alat pelaras kelajuan pada mesin “Agro Win” bagi memudahkan lagi pengguna mesin untuk menukarkan tahap kelajuan mesin “Agro Win”.