II270: TRADISIONAL FASHION APPS

MUHAMMAD AIMAN NAZHAN BIN MOHD. ALUYESS KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 10 Views | 41 times | LS: 41.0
Like it? | Support them now!

Projek yang dibangunkan adalah tentang pembangunan sebuah aplikasi mudah alih dalam pendidikan, bertujuan untuk memudahkan para pensyarah dan pelajar menggunakannya sebagai bahan bantu mengajar bagi subjek Pakaian Tradisional Wanita. Aplikasi ini dibangunkan untuk membantu pensyarah Sijil Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Pasir Gudang dengan menyediakan nota , kuiz ,dan video tatacara pembelajaran yang lengkap dan mudah diakses di mana-mana sahaja. Pembangunan aplikasi ini dicetuskan disebabkan wujudnya keadaan dimana pensyarah menggunakan cara manual untuk memberikan nota secara hardcopy kepada pelajar dan cara ini mempunyai banyak kelemahan seperti nota yang diberikan mudah koyak dan hilang. Oleh yang demikian, timbulnya idea untuk membangunkan aplikasi ini yang diberikan nama Tradisional Fashion Apps. Objektif bagi pembangunan aplikasi ini adalah membangunkan aplikasi untuk mengakses dan menyimpan nota dengan mudah. Dengan adanya aplikasi ini, ianya dapat memudahkan pensyarah untuk memberikan nota dan kuiz kepada pelajar. Selain daripada itu, pelajar dapat membaca nota dan menjawab kuiz di mana mana sahaja dan pada bila-bila masa.