BI302: TURBO CULTIVATION

MOHAMAD AMIRUL BIN MUNAWAB KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.0588 | 2 Likes | 34 Views | 117 times | LS: 119.1
Like it? | Support them now!

Alat Turbo Cultivation berperanan memudahkan kerja memindahkan anak pokok  di samping menjimatkan masa. Alat yang dibangunkan ini masih belum ada di dalam pasaran Malaysia. Masalah alat yang sedia ada dalam pasaran Malaysia, ianya tidak dapat menebuk lubang pada sungkupan silver shine. Hal ini menyebabkan kerja pemindahan anak pokok pada tanaman tidak dapat dilakukan dengan cepat kerana tidak dapat menebuk lubang plastik silver shine dan menanam anak pokok secara serentak. Fokus utama kajian ini adalah untuk mereka bentuk,membangun dan menguji alat yang dapat menebuk plastik silver shine dan menanam anak pokok secara serentak. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan yang mana instrumen yang digunakan adalah untuk menguji kebolehfungsian dan kebolehgunaan. Pendekatan reka bentuk dan pembangunan dipilih bagi mambangunkan alat Turbo Cultivation kerana dapat menerangkan secara teratur dan sistematik setiap fasa kajian yang terlibat dalam membangunkan alat ini. Kajian dijalankan di Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan melibatkan fasa analisis,reka bentuk, pembangunan dan pengujian. Pengujian alat dijalankan secara kendiri bagi menguji kebolehfungsian alat Turbo Cultivation yang dibangunkan. Bagi tujuan menguji kebolehgunaan alat di lapangan,12 orang responden dari pelbagai demografi  dipilih untuk menjawab borang soal seludik penggunaan alat Turbo Cultivation . Hasil analisis pengujian menunjukkan alat Turbo Cultivation dapat berfungsi namun perlu membuat penambahbaikkan komponen pada masa akan datang.   Hasil analisis data menunjukkan tahap  kebolehgunaan alat Turbo Cultivation yang tinggi melalui hasil analisis interpretasi skor Min=3.94,SD=2.08. Pembangunan Alat Turbo Cultivation memberi manfaat yang baik dalam bidang pertanian kerana dapat memudahkan kerja di ladang. Walaubagaimanapun,beberapa penambahbaikan perlu dilakukan di masa akan datang bagi membolehkan alat ini berfungsi sepenuhnya dan dapat dikomersialkan.