BI308: VERTICLE HYDROPONIC SYSTEM

NUR ARRANIA SYAMILA BINTI AZHAR SMK TAMAN TASIK

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.3300 | 33 Likes | 100 Views | 108 times | LS: 151.9
Like it? | Support them now!

Verticle Hydroponic System merupakan kaedah penanaman tumbuhan tanpa tanah secara mendatar atau menegak. Sistem ini boleh dibangunkan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti botol plastik dan pakaian terpakai. Berdasarkan kajian, laut di Malaysia tercemar di tempat ketiga dunia kerana, rakyat Malaysia menghasilkan sisa domestik sekurang-kurangnya 1.17 kilogram (kg) setiap individu. Sebagai langkah untuk menangani isu ini, pengkaji telah mencipta “HIAZW” iaitu alat yang menarik, berkos rendah dengan menggunakan barangan terpakai, bersaiz ideal dan sesuai diletakkan di ruang-ruang yang sempit. Produk ini juga boleh meningkatkan kualiti hidup manusia kerana ia berfungsi untuk menanam tumbuhan dan menjaga keseimbangan ekosistem serta menepati konsep 5R.