II349: SABUN BUNGA CENGKIH

SYAMEERA HANIMAH BINTI ZAINUDIN KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0588 | 2 Likes | 34 Views | 50 times | LS: 52.1
Like it? | Support them now!

Produk inovasi sabun bunga cengkih ini menggunakan bunga cengkih sebagai bahan asas produk. Bunga cengkih selalunya digunakan di dalam masakan sahaja dan dibuang setelah digunakan. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Oleh itu, pihak kami telah membuat sedikit kajian tentang kelebihan bunga cengkih kepada kulit badan dan mendapati ia mengandungi eugenol yang berfungsi sebagai antioksidan lima kali ganda lebih berkesan daripada Vitamin E. Sifat antioksidan ini mampu membantu mengawal sebum dan jerawat pada kulit badan. Hasilnya, kami telah Berjaya menghasilkan sabun badan berasaskan bunga cengkih ini dan telah digunakan di bengkel Kosmetologi untuk amali rawatan badan. Besar harapan kami untuk memastikan produk inovasi ini mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna.