II377: AUGMENTED REALITY (AR) BAGI KECACATAN KIMPALAN

NIK AHMAD DANIEL IZZUDDIN BIN ZAINUDDIN KOLEJ VOKASIONAL KLANG

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0333 | 1 Likes | 30 Views | 106 times | LS: 107.0
Like it? | Support them now!

Projek ini melibatkan permasalahan yang telah dihadapi oleh Pelajar Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional Klang dalam subjek melibatkan tajuk kecacatan kimpalan. Satu kaedah direkabentuk dan dibangunkan bagi mengatasi permasalahan ini dengan menggunakan sistem teknologi Augmented Reality (AR). Alat ini dihasilkan sebagai permudah cara untuk pembelajaran dan pemudahcaraan ( PDPc ) serta menghasilkan kaedah alternatif yang dapat menarik minat pelajar seiring peredaran zaman moden ini. Penggunaan AR di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Kolej Vokasional masih belum digunakan secara meluas meskipun penggunaannya diaplikasikan di dalam sektor perindustrian dan di institusi pengajian tinggi. Projek ini meneroka penggunaan teknologi AR sebagai pendekatan baru untuk mendidik individu tentang tajuk pembelajaran kecacatan kimpalan. Kaedah tradisional mengajar kecacatan kimpalan selalunya melibatkan imej atau gambar rajah statik, yang mungkin tidak berkesan menyampaikan kerumitan dan senario dunia sebenar. AR mempersembahkan penyelesaian yang menjanjikan dengan menindih maklumat maya ke persekitaran dunia sebenar, menawarkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif. Kajian ini meneroka potensi penggunaan teknologi AR untuk meningkatkan pendidikan kimpalan khususnya memfokuskan pada visualisasi dan pembelajaran kecacatan kimpalan. Projek ini melibatkan pembangunan dan pelaksanaan platform pembelajaran berasaskan AR. Metodologi melibatkan beberapa fasa iaitu analisis keperluan, pembangunan dan rekabentuk dan akhir sekali kebolehgunaan. Hasil dapatan, sebuah aplikasi AR dibangunkan bagi tajuk kecacatan kimpalan. Hasil analisa yang dijalankan, pengguna berpuas hati dengan produk yang dihasilkan. Kesimpulannya, aplikasi ini berjaya dihasilkan memenuhi objektif dan keperluan pengguna.