BI382: ELECTRIC TRANSMISSION JACK

AHMAD DANIAL BIN MULKYAMAN KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 61 times | LS: 61.0
Like it? | Support them now!

Projek Electric Transmission Jack bertujuan untuk mengurangkan kemalangan yang sering berlaku dalam industri automotif, khususnya berkaitan dengan pengangkutan dan penurunan transmisi kenderaan. Kemalangan seperti transmisi terjatuh disebabkan oleh tapak atau pemegang pada jek yang tidak memadai, menyebabkan risiko kecederaan yang tinggi. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dengan menggunakan Electric Transmission Jack, alat yang dapat mengangkat dan menurunkan transmisi dengan lebih selamat menggunakan jek elektrik. Reka bentuk ini memastikan material yang digunakan adalah kukuh untuk menangani beban transmisi yang berat, sementara jek elektrik dengan suis mengurangkan kebergantungan kepada tenaga manusia. Dengan fokus kepada keselamatan pekerja, projek ini juga memperkenalkan ciri-ciri seperti kestabilan yang lebih baik dan had ketinggian untuk mengurangkan risiko kemalangan. Diharapkan bahawa inovasi ini dapat membantu mengurangkan kes kematian dan kecederaan dalam industri automotif yang kritikal ini.