BI406: MEREKABENTUK PROJEK PENGHALAU KUCING MENGGUNAKAN ARDUINO NANO

NOR MAILIZAWANI BINTI MAT ZAKI KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 20 Views | 55 times | LS: 55.0
Like it? | Support them now!

Tujuan projek ini dijalankan untuk mereka bentuk satu alat penghalau kucing dengan menggunakan Arduino nano. Projek ini berperanan sebagai menggantikan tenaga manusia. Projek ini menghasilkan satu inovasi baru dalam penggunaan penghalau kucing di mana ia boleh menggunakan buzzer dan air yang sebelum ini hanya menggunakan buzzer. Lazimnya, sebelum ini kita menghalau kucing yang menumpang atas kereta hanya menggunakan tenaga manusia. Dengan projek ini, tenaga manusia dapat dikurangkan kerana tidak perlu bergegas untuk menghalau kucing ketika melakukan kerja. Projek ini lebih tertumpu kepada pengguna seperti suri rumah dan pekerja yang bekerja di kawasan yang mempunyai banyak kucing liar kerana ia hanya perlu diletakkan pada atas bonet hadapan kereta. Projek ini berfungsi dengan cara yang telah diprogramkan iaitu apabila sensor PIR atas sahaja mengesan kehadiran manusia, buzzer akan mengeluarkan bunyi selama beberapa saat, manakala apabila sensor PIR atas dan bawah mengesan kehadiran kucing pula, buzzer akan berbunyi dan diikuti dengan semburan air. Projek ini boleh dibawa kemana-mana sahaja kerana saiznya yang kecil dan sesuai digunakan di mana-mana kawasan parkir kereta. Selain itu, projek ini juga tidak menggunakan bahan bakar yang boleh mengundang kepada pencemaran alam sekitar. Sepanjang proses menyiapkan projek ini, pelbagai praktikal dan teori yang dipelajari sebelum ini telah diaplikasikan sehingga berjaya menghasilkan satu projek yang berkesan.