HS240: SMART AQUATIC WASTE COLLECTOR

Ts. MOHAMAD REDZUAN BIN ZAKARIA KOLEJ VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA

Pencemaran air yang kian meruncing di kawasan bandar memerlukan penyelesaian pembersihan yang lebih efisien berbanding kaedah manual yang berisiko dan memakan masa. Oleh itu, projek ini membangunkan Smart Aquatic Waste Collector (SAWC), sebuah bot separa automatik berasaskan teknologi Internet of Things (IoT) yang dikawal secara jarak jauh melalui aplikasi Blynk menggunakan mikropengawal ESP32 serta dilengkapi kamera ESP32-CAM untuk pemantauan visual masa nyata. Walaupun menghadapi cabaran teknikal awal berkaitan kestabilan voltan dan tork motor, penambahbaikan melalui penggunaan bateri Li-ion 24V berkapasiti tinggi dan motor stepper Nema 23 telah membolehkan bot beroperasi dengan stabil di permukaan air tenang dan berjaya mengutip sampah ringan menggunakan sistem conveyor. Hasil pengujian lapangan membuktikan sistem ini mampu mengekalkan sambungan kawalan yang baik dalam radius 100 hingga 500 meter, sekaligus menawarkan alternatif yang kos efektif, selamat, dan praktikal bagi meningkatkan kualiti pengurusan sisa di kawasan perairan sempit.