US54: HIS GAMING HISTORY

ZULAIKHA BINTI ZULHILMY KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG

Melalui His-Gaming, penerapan multimedia dan teknologi dalam pembelajaran dapat memberi ruang kepada idea pembelajaran aktif melalui kaedah yang lebih inovatif. Dari segi impak pembelajaran, His-Gaming bukan sahaja dapat menimbulkan keseronokan dalam kalangan pelajar, tetapi penguasaan fakta juga dapat ditingkatkan serta dapat mengubah persepsi negatif pelajar terhadap subjek Sejarah. Persekitaran yang efektif turut berjaya diwujudkan di mana pelajar dapat mengembangkan kemahiran dan pengetahuan asas dalam bidang-bidang tertentu selaras dengan perkembangan era teknologi digital. Tuntasnya, His-Gaming berkonsepkan pengintegrasian ICT dalam pembelajaran boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang mempunyai jaringan internet tanpa sekatan seterusnya mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar secara langsung mendorong mereka untuk menambah baik prestasi mereka dalam pembelajaran.