EX361: PERMAINAN UJI MINDA BAGI SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 BIDANG FEQAH BAB PERKAHWINAN

LIANA BINTI AB LATIF UNIVERSITY OF SELANGOR BESTARI JAYA CAMPUS

MIIX25 | Expert Innovator

CR: 0.4444 | 4 Likes | 9 Views | 14 times | LS: 19.8
Like it? | Support them now!

Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai keberkesanan sebuah permainan uji minda interaktif yang berfokuskan tajuk perkahwinan dalam subjek Pendidikan Islam Tingkatan 5, Bidang Feqah. Permainan ini direka bentuk sebagai satu kaedah pengajaran alternatif yang bersifat menyeronokkan dan interaktif bagi meningkatkan kefahaman serta penguasaan pelajar terhadap konsep dan hukum-hakam berkaitan perkahwinan dalam Islam. Diharapkan kajian ini mampu meningkatkan minat pelajar, memperkukuh pemahaman isi kandungan pelajaran, serta menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif. Kajian ini juga mencadangkan agar integrasi elemen gamifikasi dalam pengajaran Pendidikan Islam sebagai pendekatan inovatif yang relevan dengan keperluan pembelajaran abad ke-21.