NURAISHAH KAMARUDDIN SK SERI DUYONG
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdP saya dalam pengajaran tajuk laluan peredaran darah manusia Tahun 5 menggunakan inovasi Papan Interaktif SPDM. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 6 orang murid tahun 5 Adil, SK Seri Duyong, Melaka pada tahun 2024. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, semakan dokumen dan temu bual yang dianalisis secara deskriptif dan naratif. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah dirancang dalam kajian ini telah membantu guru dalam menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang sebelum ini sering menimbulkan kesukaran kepada guru untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan berkesan kepada murid-murid. Kajian ini juga dapat membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya.