US338: TURKEY BERRY CRACKERS

NUR HATIZAH BINTI MD SARI KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

ABSTRAK

 Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan inovasi produk makanan sihat, iaitu “Turkey Berry Crackers”, kraker berasaskan terung pipit. Masalah yang dikenalpasti ialah kekurangan produk makanan ringan sihat yang menggunakan bahan tempatan seperti terung pipit, yang kaya dengan khasiat antioksidan dan anti-radang. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini melibatkan pemilihan bahan yang sesuai, menguji rasa dan jangka hayat kraker serta pengumpulan data dan analisis data melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada  penduduk di kawasan Jalan Dominic. Borang diedarkan kepada seramai 50 orang responden untuk mendapatkan maklum balas mengenai rasa, tekstur, dan penerimaan produk. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kraker terung pipit ini diterima dengan baik oleh pengguna dan mempunyai potensi pasaran yang baik. Kesimpulannya, inovasi ini berpotensi meningkatkan variasi produk makanan ringan yang sihat di pasaran tempatan, dengan implikasi terhadap peningkatan produktiviti dan penggunaan bahan tempatan.