US207: AUTOMATIC CAR ENGINE BAY FIRE EXTINGUISHER

AMMAR HAMDANI BIN ABDUL RAHIM KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH

Kenderaan pada masa kini telah banyak berkembang dari segi teknologi dan keselamatan yang dapat membantu pengguna dalam mengendalikannya. Oleh itu, satu inovasi baharu berkenaan keselamatan kenderaan dari kebakaran telah dikaji dengan mendapatkan data kebakaran kenderaan daripada Bomba Malaysia. Dengan perkembangan teknologi kereta hijau atau kenderaan elektrik, kecenderungan untuk berlakunya kebakaran pada kenderaan telah meningkat walaupun tidak begitu tinggi. Inovasi Automatic Car Engine Bay Fire Extinguisher dapat membantu menyelesaikan masalah kebakaran yang berkemungkinan berlaku pada kenderaan. Inovasi ini menggunakan komponen yang mudah dan fabrikasi logam untuk menghubungkan pemadam api jenis karbon dioksida untuk mengurangkan kepekatan oksigen di sekeliling api jika berlakunya kebakaran. Satu sensor untuk mengesan kebakaran digunakan untuk mengaktifkan sistem pemadam api tersebut dengan serta merta. Setelah menjalankan beberapa ujian kebakaran di ruangan enjin kenderaan didapati bahawa inovasi ini dapat memadamkan kebakaran tersebut dengan baik terutama kebakaran dari punca elektrikal. Justeru itu, inovasi yang teah dilakukan telah mencapai objektif yang dikehendaki dan boleh ditambahbaik dari semasa ke semasa.