HS458: LOCKIFY

Zurina Zainudin Kolej Vokasional Ipoh

Type You

Lockify merupakan sebuah sistem kawalan akses pintar yang dibangunkan berasaskan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) dengan menggunakan modul pembaca MFRC522 dan mikropengawal ESP8266. Projek ini dibangunkan sebagai respons terhadap kelemahan sistem penguncian konvensional yang terdedah kepada pelbagai ancaman keselamatan seperti kecurian kunci, penduaan kunci tanpa kebenaran, serta ketiadaan fungsi kawalan dan pemantauan jarak jauh yang cekap.

Obbjektif utama, iaitu membangunkan sistem kunci pintar yang selamat dan mudah digunakan, mengintegrasikan kawalan RFID melalui rangkaian WiFi secara offline, serta membina sistem yang mesra pengguna dengan respons yang pantas dan efektif. Metodologi kajian yang digunakan adalah berdasarkan model pembangunan prototaip secara iteratif, yang melibatkan proses perancangan, pembangunan menggunakan ESP8266. Sistem Lockify menggabungkan teknologi RFID tanpa sentuh bersama keupayaan rangkaian melalui ESP8266 bagi membolehkan pengurusan akses dilakukan secara digital dan masa nyata melalui antara muka web. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan tahap keselamatan premis, malah turut memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk memantau dan mengawal akses dari jarak jauh dengan lebih mudah dan sistematik.

Sampel kajian terdiri daripada 20 orang responden yang merupakan penghuni kediaman pelajar Kolej Vokasional Ipoh. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah soal selidik menggunakan Google Form dan pemerhatian terhadap prestasi projek secara realistik. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan kaedah deskriptif bagi mendapatkan nilai peratusan dan min untuk mengenal pasti tahap kepuasan dan keberkesanan system. Projek ini sesuai diaplikasikan di mana-mana persekitaran yang memerlukan kawalan akses yang terhad, selamat dan boleh dipercayai.

Hasil daripada pembangunan projek ini, Lockify berjaya menawarkan penyelesaian keselamatan yang lebih moden, cekap dan berkesan berbanding kaedah konvensional. Sistem ini mampu mengesahkan identiti pengguna secara automatik, merekodkan maklumat akses, serta memberikan kawalan penuh kepada pentadbir dalam menguruskan kebenaran masuk. Lockify diharapkan dapat menjadi alternatif yang praktikal dan relevan dalam memenuhi keperluan keselamatan era digital masa kini.

r Abstract Here!