Muhammad Fakhrul Hafiz Bin Mohd Tasri KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
Projek ini adalah penambahbaikan terhadap pengurusan penternakan ayam penelur. Tempoh pemeliharaan ayam penelur adalah selama 72 minggu dan tempoh yang panjang ini seringkali menyukarkan pensyarah dan pelajar untuk mengenal pasti umur sebenar ayam tersebut. Dengan adanya Wheel of Layers, pengguna hanya perlu memilih tarikh kemasukan anak ayam kemudian dapat mengetahui umur terkini ayam penelur tersebut. Wheel of Layers turut mempunyai beberapa maklumat penting berkenaan keperluan ayam penelur iaitu keperluan dari aspek suhu, pencahayaan termasuklah ciri- ciri ayam dara dan ayam penelur yang baik. Didatangkan dengan bersaiz mini, ianya mudah dibawa kemana sahaja selain sangat menarik digunakan sebagai alat bantu mengajar.