NURUL SYAHIDA BINTI SOHAILI KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan pewarna fabrik semula jadi dari ekstrak Tradescantia spathacea bagi mengatasi masalah pencemaran air disebabkan penggunaan pewarna fabrik sintetik industri tekstil yang membahayakan ekosistem dan meningkatkan risiko kanser untuk jangka masa panjang. Pewarna semula jadi ini dihasilkan melalui pengekstrakan menggunakan kaedah rendaman. Daun kering TTradescantia spathacea dikisar halus dan direndam bersama etanol 95% untuk 48jam dan menghasilkan larutan pewarna yang boleh terus digunakan. Hasil analisis Thin Layer Chromatography mendapati ekstrak mengandungi pigmen lutein, feofitin dan klorofil a yang memberikan warna hijau zaitun pada fabrik. Hasil pengujian bagi ketahanan warna menggunakan kaedah basuhan menggunakan sabun fabrik, peluntur dan etanol. Hasil ujian basuhan terhadap sampel fabrik mendapati warna keseluruhannya mengalami kelunturan sebanyak 56% selepas lima kali basuhan. Ini menunjukkan pewarna fabrik daripada ekstrak Tradescantia spathacea berpotensi untuk dijadikan pewarna fabrik alternatif bagi menggantikan pewarna sintetik bagi kegunaan industri tekstil.