PS2: KRIM PENGILAP SEMULA JADI

MEENAKSHII A/P THIYAGARAJ SJKT SUNGKAI

MIIX26 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 25 Views | 53 times | LS: 53.0
Like it? | Support them now!

Program ini dirangka dengan objektif untuk meminimumkan risiko penggunaan bahan kimia berbahaya dalam keperluan harian melalui penciptaan

alternatif yang lebih selamat dan mesra alam.Inisiatif ini telah diperkenalkan pada tahun 2024 dan melibatkan penyertaan tigaorang murid Tahun 6 serta seorang guru sebagai fasilitator utama. Dalam pelaksanaan inovasi ini, murid telah diberi bimbingan untuk mereka cipta bahan pembersih tembaga berasaskan sumber semula jadi. Proses ini turut mendedahkan murid kepada konsep bahawa penggunaan pelbagai jenis pencuci mampu memberikan kesan berbeza terhadap tahap kebersihan dan kilauan permukaan tembaga.Melalui pelaksanaan inovasi ini, murid bukan sahaja didedahkan kepada aspek saintifik dan alam sekitar, malah turut diberi peluang untuk meneroka potensi pemikiran kreatif dan inovatif secara aktif. Program ini secara tidak langsung berupaya merangsang motivasi intrinsik murid untuk berfikir secara kritis serta mengaplikasikan bahan semula jadi sebagai alternatif kepada produk komersial. Keberkesanan program dinilai menerusi pendekatan holistik seperti pemerhatian sistematik, ujian ke atas produk, soal selidik dan analisis terhadap penggunaan bahan semula jadi dalam rutin harian.

Kata kunci: Kelestarian Alam Sekitar, Inovasi Hijau, Pembersih Tembaga Semula Jadi, Pemikiran Kreatif, Transformasi Pendidikan Merekacipta bahan pembersihanyang menjaga Alam Sekitar, Pengunaan Bahan Buangan.