SS143: PASU SEMAIAN BIOLESTARI

WAN NAZIRAH AQEELA BINTI WAN MOHD.NAZRI SMK TENGKU MUHAMMAD ISMAIL

MIIX26 | Secondary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 39 Views | 55 times | LS: 55.0
Like it? | Support them now!

Pasu Semaian BioLestari merupakan inovasi kelestarian bekas semaian mesra alam yang dihasilkan daripada sisa bahan organik yang boleh terbiodegradasi. Ia bertujuan menggantikan penggunaan polibeg yang tidak mesra alam dan masih meluas dalam Program Kelestarian Bumi Hijau. Objektif utama adalah untuk menghasilkan pasu semaian organik yang mampu menyokong pertumbuhan anak pokok lada kerana campuran daripada sisa bahan organik mengandungi pelbagai nutrien yang bermanfaat. Campuran bahan utama seperti serbuk kulit telur, serbuk kulit pisang dan tanah liat diadun sehingga sebati bagi membentuk pasu. Campuran ini kemudiannya dikeringkan untuk menghasilkan struktur pasu yang stabil serta berliang. Dua jenis ujian dilakukan bagi menilai keberkesanan sebagai bekas semaian. Ujian pereputan menunjukkan pasu semaian oragnik mula terurai sepenuhnya. Ujian pembakaran pula membuktikan Pasu Semaian Biolestari terbakar sepenuhnya dengan asap berwarna putih tanpa menghasilkan asap toksik yang berbahaya. Dari segi tumbesaran, anak pokok lada dalam Pasu Semaian BioLestari menunjukkan pertumbuhan yang lebih baik dan lebih sihat. Ini kerana kandungan campuran bahan organik mempunyai pelbagai nutrien untuk pertumbuhan anak benih, mesra alam, mudah terurai dan mengurangkan tekanan kepada akar semasa pemindahan kerana boleh terus ditanam pada tanah. Inovasi ini membantu mengurangkan lambakan sisa bahan organik supaya boleh dikitar semula dan menyokong pertanian hijau. Oleh itu, sesuai digunakan dalam komuniti Program Inovasi Hijau, pertanian bandar, projek hortikultur dan nurseri komersial sebagai produk lestari yang selamat dan berkesan.