ROHAIDAH BINTI ANWAR KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Projek Membangunkan Pemadam Papan Putih Automatik berasaskan Teknologi Internet of Things (IoT) untuk memudahkan pelajar dan pensyarah ini berfungsi melalui aplikasi Blynk dalam telefon pintar yang mengawal pemadam secara jarak jauh menggunakan modul ESP 32. Saiz projek ialah 60cm x 8cm. Apabila diaktifkan, Stepper Motor menggerakkan pemadam ke seluruh papan putih tanpa henti. Apabila sistem di "OFF" kan melalui telefon pintar di aplikasi Blynk, secara timer sistem akan dihentikan dan pemadam akan digerakkan ke hujung papan putih supaya tidak menghalang ruangan papan putih. Sistem ini menjimatkan masa, mengurangkan tenaga fizikal, dan memastikan papan putih sentiasa bersih. Ia sesuai digunakan di bilik kuliah, mesyuarat, pusat sumber dan pejabat.