US93: PENGHASILAN FORMULASI ANAK POKOK ORKID Phaius Tancarvillaea SECARA IN-VITRO

YEACHIHNEEY A/P KUNASILAN KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

Kultur tisu merupakan kaedah penyelidikan biologi iaitu sebahagian tisu daripada haiwan atau tumbuhan dipindahkan ke persekitaran buatan (artificial environment) di mana ia boleh terus hidup dan berfungsi. Tanpa teknik kultur tisu, benih orkid sukar dihasilkan atau memakan masa yang terlalu lama untuk dibiakkan secara konvensional. Projek inovasi ini bertujuan mengkaji formulasi bagi peringkat penggandaan kalus, pucuk dan akar orkid Phaius tancarvillaea seterusnya mengkaji media penanaman yang terbaik di peringkat aklimatisasi orkid Phaius tancarvillaea. Hasil kajian menunjukkan media 2BAP sesuai bagi peringkat pembentukan kalus dan pengeluaran pucuk, media 5BAP bagi peringkat penggandaan pucuk, media 4NAA untuk pengeluaran akar dan vermiculite adalah media penanaman yang terbaik bagi aklimatisasi orkid di persekitaran luar. Inovasi ini berpotensi untuk mempercepatkan pembiakan benih orkid dan mengelakkan kepupusan orkid Phaius tancarvillaea.