NUR AIN ZANARIAH BINTI SA'ARI KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD
Projek inovasi EasyForMeet merupakan satu laman web menjurus kepada satu sistem pengendalian perekodan keseluruhan proses mesyuarat yang dijalankan dalam mesyuarat rasmi. Ianya merupakan satu sistem yang direka bentuk untuk menghasilkan dokumen mesyuarat seperti memo dan surat panggilan mesyuarat, senarai edaran, minit mesyuarat, senarai kehadiran mesyuarat dan borang maklum balas secara dalam dan luar talian. Semua dokumen mesyuarat tersebut boleh dihasilkan secara terus dengan menggunakan laman web EasyForMeet. Semua dokumen tersebut boleh terus dicetak atau di muat turun untuk edaran kepada ahli mesyuarat di dalam Whatapps kumpulan. Oleh itu, penggunaan sistem ini dapat menghasilkan sistem dokumentasi mesyuarat dengan lebih mudah, cepat dan efisien kepada seorang setiausaha mesyuarat.