NURDIANA BINTI MOHD YUNUS KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN 2
Keychain Cocosha ialah inovasi alat gua sha mudah alih yang diperbuat sepenuhnya daripada tempurung kelapa tanpa campuran bahan lain, menjadikannya produk mesra alam, unik dan lestari. Direka secara ergonomik serta dihaluskan menggunakan kertas pasir, produk ini membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan ketegangan otot dan menyihatkan kulit. Keistimewaannya terletak pada fungsi dua dalam satu, iaitu sebagai alat rawatan gua sha dan aksesori keychain bergaya yang boleh digantung pada beg atau kunci, sekaligus memudahkan pengguna mengamalkan penjagaan diri di mana-mana sahaja.