ABDUL RAHIM BIN IBRAHIM University Sultan Zainal Abidin
Penguasaan kosa kata, nombor bilangan dan pembinaan ayat bahasa Arab yang betul adalah antara asas penting dlaam menguasai kemahiran bahasa Arab. Namun, pelajar sering menghadapi masalah dalam menguasai aspek ini. Isu utama ialah kelemahan dalam nombor bilangan, kekurangan mufradat dan kesukaran membina ayat. Oleh itu, satu modul inovatif dibangunkan dengan pendekatan aktiviti berkumpulan yang menyeronokkan dan santai. Modul ini mengandungi permainan bahasa, latihan berpasangan dan perbincangan kumpulan. Hasil penggunaan modul menunjukkan peningkatan dalam penguasaan kosa kata, kefahaman nombor bilangan dan kemampuan membina ayat secara lebih tepat serta menarik minat pelajar.