US414: QUICK MOTORCYCLE TIRE CHANGER

MOHD NAIM BIN MOHD AMIN KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 1

 

ABSTRAK

 

Projek ini bertujuan untuk mereka bentuk dan menghasilkan Quick Motorcycle Tire Changer bagi memudahkan proses menukar tayar motosikal. Masalah utama yang sering dihadapi penunggang motosikal ialah kesukaran menukar tayar secara manual serta risiko kerosakan pada rim ketika proses pemasangan atau membuka tayar dilakukan. Dengan adanya alat ini, proses penukaran tayar dapat dilakukan dengan lebih cepat, selamat, dan kemas tanpa memerlukan tenaga yang berlebihan. Metodologi projek ini melibatkan beberapa peringkat iaitu perancangan reka bentuk, pemilihan bahan, proses fabrikasi, ujian fungsi, serta penambahbaikan berdasarkan hasil pengujian. Komponen utama yang digunakan termasuk tapak penahan, ragum rim, batang aci, tuil penggerak, serta pemegang tayar yang direka khusus untuk meningkatkan kestabilan dan mengurangkan risiko kerosakan rim. Hasil akhir projek menunjukkan bahawa Quick Motorcycle Tire Changer berjaya berfungsi dengan baik, mudah digunakan, menjimatkan masa, dan lebih mesra pengguna. Projek ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pengguna motosikal serta menjadi rujukan kepada pembangunan inovasi alat mekanikal dalam bidang automotif.