ROZIE BIN AHMAT POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
Kimpalan merupakan satu proses penyambungan bahan-bahan logam atau bukan logam menggunakan haba atau tekanan. Manakala rod penambah adalah bahan tambahan yang diperlukan dalam proses kimpalan terutamanya proses kimpalan jenis Tungsten Inert Gas (TIG). Penggunaan rod penambah akan membantu membantuk ikatan yang kukuh apabila proses penyambungan dilakukan antara 2 bahan. Namun begitu, melalui pemerhatian dan hasil kimpalan pelajar, didapati beberapa masalah telah timbul. Oleh itu, objektif penghasilan produk inovasi ini yang diberi nama sebagai Motorize Filler Rod Feeder adalah bagi mengurangkan kecacatan kepada hasil kimpalan oleh pelajar, mengurangkan pembaziran pada penggunaan rod penambah dan seterusnya mengurangkan bahaya terhadap pelajar. Penghasilan produk ini bermula dengan mengenalpasti masalah, merekabentuk produk, pemilihan bahan, proses pembinaan atau penghasilan produk sebenar dan yang terakhir adalah pengujian terhadap produk. Melalui pemerhatian dan penilaian didapati dengan menggunakan produk inovasi ini hasil kimpalan pelajar bertambah baik, pembazairan rod penambah dapat dikurangkan seterusnya risiko kecedaraan haba dapat dikurangkan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa objektif produk inovasi ini teleh berjaya dicapai. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan produk inovasi ini, beberapa cadangan perlu diambil perhatian. Antaranya adalah, menambah peranti yang boleh mengukur dan menujukkan halaju kadar suapan rod penambah sebagai panduan kepada pengguna. Selain daripada itu, rekabentuk produk perlu diubahsuai agar pembaziaran rod penambah dapat dikurangkan pada tahap yang lebih minimum.