US302: LEXIGO

HARVIN RAJ A/L SURESH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

Kit lexigo ini mengandungi empat jenis permainan iaitu permainan mahjong, permainan lihat dan ingat serta scrabble dalam Bahasa tamil. Penambahbaikan terbaharu, dalam kit lexigo ini ialah permainan scrabble suku kata Bahasa melayu . 4 kumpulan pelajar yang terdiri daripada dua hingga empat orang pelajar dapat bermain permainan ini pada satu-satu masa. Kit ini telah didaftarkan bawa MyIPO LY2025P06914.

Permainan pertama, iaitu permainan mahjong ialah  permainan mencipta perkataan menggunakan kad alphabet. Pelajar perlu mencipta perkataan 2KV, 3KV dan 4KV menggunakan kad-kad alphabet yang diperolehi secara rawak. Pelajar perlu membacakan perkataan yang dib bentuk kepada rakan-rakan lain lalu menyimpannya. Pelajar lain juga boleh membantu pelajar lain semasa permainan ini.

 Permainan kedua permainan lihat dan ingat. Kad-kad alphabet akan disusun bertelangkup di atas meja. Pelajar perlu membuka satu kad  seterusnya kad kedua. Peajar perlu ingat kedudukan kad supaya dapat yang membuka kad yang betul untuk membentuk perkataan yang ada makna. Pelajar perlu membacakan kepada rakan-rakan perkataan yang dibentuk. Jika pelajar tidak berjaya membentuk perkataan,  permainan akan  diteruskan oleh pelajar seterusnya.

 Permainan ketiga ialah permainan scrabble Bahasa tamil.  Permainan ini sama seperti permainan scrabble dalam bahasa Inggeris. Namun dibuat beberapa perubahan pada tapak scrabble tersebut dan cip alphabet bahasa Tamil digunakan dalam permainan. Pelajar perlu menggunakan cip-cip alphabet untuk membina perkataan di atas tapak scrabble lalu membacakannya kepada rakan-rakan. Setiap perkataan yang dibentuk diberi satu mata.

Penambahbaikan terbaharu ialah permainan scrabble suku kata KV + KV dalam bahasa melayu. Permainan ini berbeza dengan permainan scrabble yang sedia ada yang memerlukan pelajar membina perkataan daripada alphabet rumi. Tetapi, inovasi ini mengetengahkan pembinaan perkataan menggunakan suku kata KV.

Kit lexigo ini sedang disebarluas ke sekolah-sekolah tamil dan sedang dikomersialkan melalui Syarikat MG Book dan juga melalui media sosial.