AHMAD ZALHAIQA BIN ZAINAL University Sultan Zainal Abidin
*Fleksi Arab: Modul Interaktif untuk Penguasaan Bahasa*
Penguasaan kosa kata yang luas dan kemahiran komunikasi berkesan merupakan asas penting dalam pembelajaran bahasa Arab. Tanpa perbendaharaan kata mencukupi, pelajar sukar memahami teks dan menyampaikan idea. Modul inovatif ini dibangunkan bagi memperkasa penguasaan bahasa Arab pelajar melalui pendekatan interaktif dan bersepadu. Objektifnya termasuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi, memperkayakan kosa kata, serta membina keyakinan pelajar dalam penggunaan bahasa secara lisan dan bertulis. Modul ini turut mengandungi latihan penterjemahan, aktiviti berkumpulan, permainan bahasa serta bahan visual interaktif. Pendekatan ini selari dengan konsep pembelajaran abad ke-21 yang menekankan pemikiran kritis, kerjasama dan keseronokan dalam pembelajaran, sekali gus meningkatkan motivasi serta pencapaian pelajar.