JS227: SMARTIFY

NIK RAEESA AMMARA BINTI NIK FAIZ SK BANDAR PENAWAR 2

Smartify adalah sebuah platform pembelajaran pintar berasaskan  teknologi yang dirancang untuk meningkatkan aktiviti pembelajaran murid sekolah rendah  melalui pendekatan pembelajaran interaktif.. Pembinaan Smartify menggunakan Kodular untuk membantu membangunkan dan mencipta aplikasi praktikal dalam masa yang sangat singkat.    Aplikasi ini menggabungkan fitur-fitur seperti pengingat belajar dan kuiz interaktif. Smartify bertujuan untuk menciptakan pengalaman belajar yang lebih interaktif ,, efisien, dan menyeronokkan serta mudah diakses pada bila-bila masa sahaja.. Sistem ini diharapkan dapat menjadi solusi inovatif dalam menghadapi cabaran pendidikan moden terutama dalam era digital yang sentiasa berkembang.Objektif SMARTIFY adalah untuk menarik minat murid dalam pembelajaran,meningkatkan akses kepada pendidikan,menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan menyeronokkan dan meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan teknologi digital.Smartify berpotensi menjadi platform utama pembelajaran digital yang membolehkan pelajar dari pelbagai latar belakang, termasuk kawasan luar bandar, mengakses bahan pembelajaran berkualiti tanpa perlu bergantung kepada kelas fizikal sepenuhnya.Smartify dijangka mampu menyediakan kemahiran ICT dan ilmu yang diperolehi akan lebih bermakna, berkesan dan kekal di ingatan murid.murid.