NOR ARLINA BT AWANG SMK DATO' MAHMUD PADUKA RAJA 1
Inovasi 'GYOMIG' adalah singkatan daripada perkataan 'Gain Your Own Memorised Information Geography' yang digunakan oleh murid tingkatan empat dan lima sebagai bahan panduan untuk memahami fakta yang terdapat pada sub-topik bagi tajuk faktor,kepentingan, kesan dan langkah terhadap aktiviti ekonomi yang terdapat dalam sukatan pelajaran Tingkatan empat dan lima.atau Perkataan “GYOMIG” pula diadaptasi dari tajuk sebuah lagu yang terkenal di Korea iaitu Gwiyomi pada pertengahan tahun 2014 kerana melodinya menarik. Inovasi “ GYOMIG” dicipta bertujuan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan terhadap murid tingkatan empat dan lima bagi mata pelajaran Geografi. Inovasi ini akan membantu dan membimbing proses pembelajaran murid untuk mengingat dan menghuraikan fakta(point) utama sambil bermain dan berhibur. Inovasi “GYOMIG” terdiri daripada fail kertas yang mana di bahagian dalamnya terdapat kad-kad yang berbentuk “emotional face” yang menarik,lucu dan mempunyai kod-kod bernombor dari nombor 1 hingga 22. Manakala di bahagian belakang kad-kad bernombor ini tertulis fakta-fakta utama yang perlu diingat untuk dihuraikan oleh murid dengan merujuk buku teks, buku rujukan,dan modul. secara ringkas yang telah mereka pelajari.