NUSRAH BINTI YASIN KOLEJ VOKASIONAL TAWAU
Sira Bites memperkenalkan satu kelainan unik dalam dunia pastridengan menggabungkan elemen Barat dan tradisional Melayu iaituchoux pastri Perancis yang disalut dengan sira berperisa pedas. Sira inidihasilkan menggunakan ramuan tradisional seperti gula, air, dan sedikitminyak, serta diperkaya dengan cili boh bagi memberikan rasa pedasyang menyengat tetapi seimbang dengan kemanisan lapisan gulatersebut.Idea inovasi ini tercetus daripada keinginan untuk mencipta satu produkfusion yang mampu menarik pelbagai lapisan masyarakat, khususnyapencinta makanan yang menghargai elemen tradisional dan modendalam satu hidangan. Inspirasi juga datang daripada populariti kerepekbersira pedas dalam masyarakat Malaysia khususnya di Tawau,Sabahlalu elemen ini diadaptasi ke dalam tekstur lembut dan berongga chouxpastri bagi menghasilkan sensasi rasa yang baharu iaitu ranggup di luar,lembut di dalam, manis serta pedas pada masa yang sama. Dalam masa yang sama, minat terhadap makanan fusion daneksperimental semakin meningkat. Justeru, inovasi ini bertujuan untukmenyatukan cita rasa tempatan dan antarabangsa dalam satu produkyang bukan sahaja unik, tetapi juga berpotensi dikomersialkan.Melalui gabungan ini, inovasi ini bukan sekadar memperkenalkan rasabaharu, tetapi juga menjadi satu simbol penyatuan budaya melaluimakanan. Ia membawa nilai tambah kepada dunia bakeri denganmembuka ruang kepada penciptaan menu yang lebih beridentititempatan tanpa mengetepikan elemen global.