US226: AjMaFi

MUHAMMAD ADAM BIN ZAINI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

Pembelajaran Nahu Arab sering dianggap rumit dan kurang menyeronokkan, khususnya apabila pelajar hanya bergantung kepada kaedah tradisional yang bersifat pasif. Kekangan ini menimbulkan kesukaran dalam menguasai topik asas seperti Maful Fih dan Maful Liajlih, yang memerlukan kefahaman mendalam serta aplikasi kontekstual. Sehubungan itu, projek AjMaFi diperkenalkan sebagai satu usaha inovatif yang mengubah pendekatan konvensional kepada platform digital bersepadu yang lebih interaktif dan mesra pengguna. Melalui gabungan nota ringkas, infografik berwarna, video penerangan, dan kuiz atas talian, AjMaFi direka untuk memenuhi keperluan pelajar dengan gaya pembelajaran yang pelbagai, sekali gus menyokong budaya pembelajaran kendiri yang lebih fleksibel dan berkesan. Matlamat utama projek ini adalah untuk menukar persepsi bahawa Nahu Arab sukar kepada pengalaman pembelajaran yang lebih jelas, menarik, dan mudah difahami. Dengan sokongan teknologi laman Gamma, AjMaFi berpotensi menjadi rujukan digital unggul dalam pendidikan bahasa Arab serta menyumbang kepada peningkatan penguasaan pelajar secara menyeluruh dan berterusan.