US110: MECHAGRO SPRAY

SYAFIQ QAYYUM BIN SAZALI Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan

Projek ini menumpukan kepada reka bentuk dan pembinaan MechAgro Spray, iaitu mesin penyembur racun kawalan jauh yang direka khas untuk pekebun kecil.Mesin ini dilengkapi dengan enjin mesin rumput 49cc, pam racun, motor servo, dan sistem kawalan jauh (RC) dengan jarak kawalan antara 100 hingga 500 meter.Semua komponen dipilih berdasarkan kesesuaian bajet dan kemahiran pelajar dalam pembangunan projek.Matlamat utama projek adalah menyediakan penyelesaian penyemburan racun yang lebih efisien, selamat, dan mengurangkan pendedahan pengguna kepada bahan kimia berbahaya berbanding kaedah manual.