US293: CleverIngre

SIVA SHANGARY A/P BALA SUBRAMANIAM KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

Abstrak
Industri pembuatan kek khususnya perusahaan kecil dan sederhana (SME) sering berdepan cabaran dalam pengurusan resipi dan kos bahan apabila masih bergantung kepada kaedah manual. Kaedah ini bukan sahaja memakan masa, malah terdedah kepada kesilapan pengiraan serta menyukarkan proses penetapan harga jualan. Projek CleverIngre dibangunkan sebagai sebuah aplikasi pengurusan resipi dan kos bahan yang sistematik, dengan objektif mengurangkan kesilapan pengiraan, mempercepat proses penetapan harga, dan memudahkan pengurusan data resipi. Sistem ini dibangunkan menggunakan metodologi Agile dengan teknologi PHP, MySQL, HTML, CSS, JavaScript serta WordPress, dan turut mengintegrasikan teknik kecerdasan buatan (AI) bagi dua fungsi utama: (i) cadangan harga jualan yang optimum, dan (ii) perbandingan harga bahan di sekitar kawasan Kuala Lumpur sebelum pengiraan harga jualan dilakukan. Fungsi ini membolehkan pengusaha membuat keputusan lebih tepat berdasarkan data semasa pasaran. Pengujian sistem melibatkan 30 responden melalui soal selidik dan User Acceptance Test (UAT) bagi menilai kefungsian, kebolehgunaan, serta kepuasan pengguna. Hasil dapatan menunjukkan sistem ini berfungsi dengan baik dalam aspek simpanan resipi, pengiraan kos bahan, serta penetapan harga jualan. Responden menyatakan sistem berjaya mengurangkan kesilapan pengiraan, menjimatkan masa, dan meningkatkan keuntungan melalui pengiraan harga jualan yang lebih efisien. Kesimpulannya, pembangunan CleverIngre memberi impak positif terhadap produktiviti, keberkesanan operasi, dan daya saing pengusaha kek SME dalam industri pembuatan kek.

(205 patah perkataan)