Hafiz Arif Bin Sulaiman Sekolah Kebangsaan Abdullah
Splash Drink ialah sebuah aplikasi mudah alih berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang direka khusus untuk membantu kanak-kanak mencapai pengambilan air yang mencukupi mengikut keperluan harian. Projek ini membangunkan satu sistem pakar (Expert System) yang menggunakan pendekatan forward chaining untuk menentukan kuantiti air yang disarankan, berdasarkan pelbagai faktor seperti umur, berat badan, jantina, tahap aktiviti fizikal, dan keadaan cuaca semasa. Fakta yang dimasukkan oleh pengguna akan dianalisis oleh enjin inferens sistem pakar untuk mengenal pasti kombinasi peraturan yang sesuai, seterusnya menghasilkan jumlah pengambilan air yang diperibadikan. Bagi meningkatkan keterlibatan pengguna, aplikasi ini turut mengintegrasikan elemen gamifikasi seperti sistem ganjaran (reward) apabila kanak-kanak mencapai sasaran harian mereka. Aplikasi ini juga menyediakan ciri pemantauan pengambilan air secara harian melalui paparan statistik dan rekod kemajuan, bertujuan memupuk tabiat sihat sejak usia muda. Dengan menggabungkan teknologi AI dan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan, Splash Drink berpotensi menjadi alat pendidikan digital yang efektif dalam membentuk gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak.