AISYAH FATHIAH BINTI MOHD RODZI KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
PECOBA merupakan baja organik yang mengandungi kulit udang, kulit telur, hampas kopi, kulit bawang, kulit pisang dan ajinomoto yang digunakan dalam aktiviti pembajaan tanaman selari dengan konsep perladangan organik. Idea penghasilan PECOBA tercetus apabila melihat banyak sisa dapur yang tidak dikitar semula untuk kelestarian alam sedangkan ia mempunyai banyak manfaat terhadap kesuburan tanah dan pertumbuhan serta pembungaan tanaman. Antara sumber nutrien yang terkandung di dalam PECOBA adalah seperti unsur Kalsium (Ca), Fosforus (P), Nitrogen (N), Kalium (K), Magnesium (Mg) dan unsur surih (trace element). Selain itu, PECOBA ini juga bersifat bio-degradasi di mana ia akan reput di dalam tanah dan boleh membantu membaiki tekstur serta menyuburkan tanah.